suria

Tekong Bot Warga Indonesia Ditahan Cuba Suap Anggota APMM

TAWAU: Seorang tekong bot laju warga Indonesia ditahan selepas dia cuba memberi rasuah RM200 kepada anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) malam Jumaat.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Komander (Maritim) Amran Daud berkata lelaki yang belum dipastikan umurnya itu cuba menawarkan rasuah dengan harapan dia dapat melepaskan diri daripada ditahan atas kesalahan penyeludupan.

Katanya suapan berkenaan ditawarkan selepas anggota APMM yang bertugas di perairan Tawau menjumpai 175 liter diesel bersubsidi di atas bot laju yang dipandunya yang dalam perjalanan dari Tawau ke Pulau Sebatik pada 8.30 malam.

Katanya kesemua minyak diesel berkenaan disimpan di dalam tujuh buah tong plastik dan kes itu disiasat di bawah Seskyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.-BERNAMA

Artikel Lain