suria

PM Lepaskan Konvoi 122 Pemuda Umno Ke Galas

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan konvoi 122 motosikal yang terdiri daripada ahli-ahli sayap Pemuda ke Galas bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Mereka merupakan ahli Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus diketuai Suheri Yusof.

Suhairi berkata, konvoi berkenaan melibatkan 20 individu bersama 20 marshal yang mengawal kelicinan perjalanan mereka sehingga ke Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan berkenaan akan membantu persediaan awal jentera BN sebelum kempen bermula selepas penamaan calon pada 26 Oktober ini.

"Kita juga menggalakkan Pemuda Umno bahagian berdekatan menyeratai konvoi ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Artikel Lain