suria

ETP Sudah Bersedia Untuk Digerakkan - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP) sudah sedia untuk digerakkan berikutan kedudukan ekonomi negara yang sudah pulih dan mantap.

Perdana Menteri berkata pengumuman besar mengenai program itu akan dibuat pada hari Isnin ini setelah dirumuskan dengan begitu teliti oleh kerajaan selama setahun. Najib dijadual melancarkan pelan hala tuju ETP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari tersebut.

Beliau yang merupakan Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC, Sabtu.

ETP adalah proses transformasi kepada ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang turut meliputi Model Baru Ekonomi (NEM) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.-BERNAMA

Artikel Lain