Sistem Kuota Calon Perlu Dikaji Semula - Semasa | mStar

Sistem Kuota Calon Perlu Dikaji Semula

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Negeri Sembilan mencadangkan supaya sistem kuota bagi memilih calon pilihan raya umum ke-13 dikaji semula untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus menerajui negara.

Datuk Jalaluddin Alias yang juga Timbalan Ketua Umno Jelebu berkata, kekalahan besar BN ketika pilihan raya umum ke-12 lalu bukan kerana Umno tetapi parti komponen.

"Sistem kouta perlu ditukar, beri kepada Umno kerana kita kalah besar ketika pilihan raya adalah kerana parti komponen yang kalah.

"Keputusan pilihan raya ke-12 kerana ketidakkemampuan parti komponen lain. Calon komponen parti seperti MCA menang tidak sampai 40 peratus, MCA juga begitu, begitu juga calon Gerakan.

"Saya mewakili Umno Negeri Sembilan mencadangkan agar kouta ini ditukar, beri peluang kepada MIC yang tidak bertanding, kita beri jawatan senator, begitu juga MCA dan Gerakan. Beri mereka jawatan dalam Kabinet," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010, di sini, Jumaat.

Jalaluddin juga mahu perang psikologi antara parti komponen ditamatkan serta-merta demi perpaduan kaum.

"Saya cadangkan perang psikologi antara parti komponen ditamatkan supaya perpaduan antara kaum dapat dipertingkatkan. Kalau tidak mahu dengar, mereka nak juga sama rata, depan belakang sama sahaja kita letak garis panduan kepada mereka.

"Selama ini kita tidak pernah cakap pasal hak kaum lain tapi mereka cakap macam-macam tentang kita. Mereka jadikan perhimpunan mereka sebagai medan untuk bantai orang Melayu," katanya.

Beliau juga mahu pemimpin parti komponen BN supaya tidak lagi mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

"Saya minta kepada pemimpin parti komponen supaya tidak lagi mempersoalkan hak orang Melayu kerana selama ini kita tidak pernah mempersoalkan hak mereka," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Skim Rumah Pertamaku Mudah Dimiliki

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?