suria

Pemuda Mahu Umno Bahagian Diberi Lebih Peranan Menangi Hati Rakyat

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mencadangkan supaya Umno bahagian diber lebih peranan dalam usaha parti itu memenangi hati rakyat.

Wakil pergerakan itu, Megat Zulkarnain Omardin menegaskan, apa yang berlaku sekarang, Umno bahagian seolah-olah 'posmen' yang hanya mengambil maklumat setiap aduan rakyat sebelum dipanjangkan kepada agensi tertentu.

"Namun malangnya, ada perkara-perkara yang kadangkala mereka tak dapat penuhi menyebabkan akhirnya kita dipersalahkan.

"Kerana itu, Pemuda cadangkan Umno bahagian diberi peranan yang lebih melibatkan semua peringkat," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Megat berkata, Pemuda secara konsensus akan terus mempertahankan hak Melayu seperti yang disebut dalam Perlembagaan negara.

Katanya, anggota pergerakan berkenaan akan terus memainkan peranan itu dalam apa jua keadaan.

"Kebelakangan ini banyak pihak mempertikaikan hak Melayu dan menghina Raja-Raja Melayu.

"Terdapat 16 kes dilaporkan sebelum tapi hanya tiga yang diambil tindakan. Ini yang perlu diambil perhatian," tambahnya yang juga Ketua Pemuda Umno Gombak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain