suria

Najib Hadiri Majlis Makan Malam Perhimpunan Agung Umno

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis makan malam Perhimpunan Agung Umno 2010 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Khamis malam.

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut bermesra dengan para perwakilan Umno yang menghadiri majlis jamuan itu.

Turut hadir timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan barisan pemimpin Umno.

Majlis tersebut yang berlangsung lebih dua jam itu diserikan dengan persembahan nyanyian dan kebudayaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain