suria

Muhyiddin Lawat Galas 24 Oktober Ini

KOTA BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Galas di Gua Musang pada Ahad ini.

Menurut satu kenyataan hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dijangka tiba di Gong Kedak, Terengganu pada 10 pagi dan dijadualkan menghadiri tiga program di daerah Gua Musang selepas itu.

"Timbalan Perdana Menteri akan memulakan program pertama iaitu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Mukim Bandar, Gua Musang pada 12 tengahari," menurut kenyataan itu.

Muhyiddin selepas itu akan menghadiri Mesyuarat Tertutup Bersama Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Umno Gua Musang di Bukit Chekati pada 3 petang.

Selepas itu Muhyiddin akan menghadiri Mesyuarat Tertutup bersama Barisan Nasional Kelantan dan Barisan Nasional Gua Musang, di tempat yang sama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain