suria

Mayat Peneroka Rentung Dalam Ladang Sawit

JEMPOL: Seorang lelaki berusia 60 tahun, peneroka Felda Raja Alias 1 di sini maut dalam satu tragedi misteri apabila kereta yang dipandunya terbakar di satu lorong terpencil dalam kebun sawit dekat rancangan Felda itu pada pukul 9.30 pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Supreitendan Mohd Sabri Muhamad, mayat Abd Aziz Hashim ditemui rentung dalam kereta Proton Iswara yang sudah hangus dalam keadaan tertiarap di bahagian pemandu. "Kematian Abd Aziz diklasifikasi sebagai kes kematian mengejut kerana tidak ada unsur jenayah yang ditemui buat masa sekarang," katanya.

Katanya, ada saksi yang mendengar letupan kuat dari kawasan itu yang terletak kira-kira 1.5 km dari jalan utama.

Ketika disiasat, kereta mangsa telah pun terbakar, katanya.

Mayat Abd Aziz dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain