suria

Lima Buah Rumah Setinggan Terbakar Di Setapak

KUALA LUMPUR: Seramai 19 orang dari tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila lima buah rumah setinggan termasuk dua buah yang tidak berpenghuni di Setapak musnah dijilat api dalam satu kebakaran pagi tadi.

Pegawai Balai Bomba Setapak, Kusin Bidin berkata kejadian berlaku pada pukul 11 pagi di Kampung Seavoy, Jalan Sekolah Setapak, Off Jalan Genting Klang.

"Pihak kami bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah jentera sebaik sahaja menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Kebakaran Kuala Lumpur pada pukul 11.18 pagi.

"Kami sampai di sana kira-kira tujuh minit kemudian iaitu pada pukul 11.26 pagi," katanya.

Menurutnya, sebanyak lima buah jentera bomba lain turut membantu memadamkan kebakaran iaitu dua daripada Bomba Pusat manakala masing-masing satu dari Setapak, Jelatik dan Chow Kit.

Kusin berkata kesemua mangsa ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Setapak sementara punca kejadian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain