suria

Badruddin Sampaikan Kata-Kata Dalam Dialek Hokkien

KUALA LUMPUR: Pengerusi Tetap, Datuk Badruddin Amiruldin pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno Ke-61 mengejutkan perwakilan dan pemerhati apabila menyampaikan ucapan peringatan dalam bahasa Cina.

Ucapan berkenaan khusus ditujukan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebaik sahaja wakil Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias selesai berucap pada Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di sini.

Beliau yang menyampaikan kata-kata itu dalam dialek Hokkien berkata:

"Soi Lek, jangan kacau 30 peratus hak orang Melayu.

"Kita dah bagi 70 peratus, pandai-pandailah hangpa (kamu) pakat-pakatlah.

"Kami hormat, tak panggil bangsa pendatang. Kita satu pasukan, jadi buat kerja masing-masing supaya menang pilihan raya akan datang."

Ucapan Badruddin itu kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain