Tiada Cadangan Beri Kuasa Pendakwaan Kes Rasuah Kepada SPRM - Semasa | mStar

Tiada Cadangan Beri Kuasa Pendakwaan Kes Rasuah Kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang memberi kuasa pendakwaan kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kuasa itu terletak pada Peguam Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata seperti di negara lain, kuasa untuk membuat pertuduhan dan pendakwaan terletak pada Peguam Negara atau Pendakwa Raya yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh agensi penyiasatan.

"Dalam menjalankan siasatan dan pendakwaan, perlu ada 'check and balance'. Sekiranya agensi penyiasatan (dalam hal ini, SPRM) diberi kuasa untuk membuat keputusan untuk mendakwa, maka tidak wujud unsur pemikiran yang bebas dalam mempertimbangkan fakta dan keterangan sesuatu kes secara objektif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Loke Siew Fook (DAP-Rasah) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia meletakkan kuasa pendakwaan kes rasuah kepada SPRM seperti yang disarankan oleh Jawatankuasa Khas dalam Laporan SPRM 2009.

Mohamed Nazri berkata adalah janggal sekiranya agensi penguatkuasaan seperti SPRM yang menjalankan risikan dan penyiasatan serta pada masa yang sama diberi kuasa untuk mendakwa.

"Siasatan oleh SPRM perlu diteliti dan disemak oleh Peguam Negara bagi menjamin ketelusan, keseimbangan dan keadilan selaras dengan kedudukan beliau sebagai Pendakwa Raya yang mempunyai kawalan dan arahan dalam semua pendakwaan jenayah," katanya.

Beliau berkata walaupun Panel Penilaian Operasi diwujudkan untuk menyemak semua keputusan yang dibuat oleh Bahagian Perundangan dan mengawasi ketelusan perjalanan SPRM, panel itu masih merupakan sebahagian daripada komponen SPRM.

Katanya jika kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM, besar kemungkinan agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan membuat permohonan yang sama dan mendatangkan implikasi yang sukar.

"Oleh itu, kuasa pemutus untuk mendakwa perlulah diberi secara eksklusif kepada Peguam Negara bagi melancarkan pentadbiran sistem undang-undang negara ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

'Taring' Pemuda Semakin Hilang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain