Pemuda Umno Anugerah Omardin Kesatria Terbilang - Semasa | mStar

Pemuda Umno Anugerah Omardin Kesatria Terbilang

KUALA LUMPUR: Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju pada Rabu dianugerahkan Anugerah Kesatria Terbilang daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara dalam seni mempertahankan diri.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebelum persidangan sayap itu bermula sebentar tadi.

Sebelum itu buat julungkalinya Pemuda Umno memberikan hadiah insentif kepada Pemuda Umno Bahagian Silam, Sabah, di atas kejayaan mencatatkan jumlah pendaftaran keahlian Pemuda terbanyak dalam tempoh satu tahun.

Umno Bahagian Silam menerima replika cek bernilai RM10,000.

Hadir sama pada Persidangan Pemuda Umno ialah mantan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Artikel Sebelum

Pemimpin Sayap Sambut Baik `Kad Skor'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain