suria

MT Puas Hati Perbahasan Wanita, Pemuda dan Puteri

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno berpuas hati dengan perbahasan pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri berakhir malam Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, laporan yang diterima daripada Ahli MT yang hadir pada persidangan sayap-sayap kerana berlangsung dengan baik dan dalam suasana tenteram.

"Kita dimaklumkan beberapa syor, pandangan dan cadangan dibangkitkan. Kita akan mengambil kira setiap apa yang disuarakan dalam persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas MT di sini.

Dalam pada itu Najib berkata, beliau gembira semua sayap parti menerima dengan baik ucapan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ucapan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri pun mendapat sambutan yang baik daripada perwakilan," ujarnya.

Beliau berkata, dalam mesyuarat itu, MT belum membincangkan secara mendalam setiap cadangan dan pandangan yang dibawa oleh perhimpunan agung ketiga-tiga sayapdalam perhimpunan agung parti.

Artikel Lain