suria

Mayat Pesara Ditemui Berhampiran Sungai Perak

IPOH: Seorang pesara Majlis Daerah Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang di Sungai Perak petang Ahad lepas ditemui mati berhampiran Jambatan Sungai Perak.

Mayat Sofian Sani Razali, 58, dari Taman Jerlun, Kuala Kangsar ditemui terapung di bawah jambatan tersebut pada 10 pagi Rabu, kata Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhammad. Mangsa dikatakan pergi ke sungai itu yang terletak berhampiran rumahnya untuk mandi dan dipercayai dihanyutkan arus sungai yang deras. - BERNAMA

Artikel Lain