suria

Jumlah Mangsa Kemalangan Bot Di Bintulu Meningkat Kepada 13 Orang

BINTULU: Tujuh lagi mayat ditemui hari ini, menjadikan jumlah mangsa kemalangan bot di Ulu Anap pada Isnin lepas meningkat kepada 13 orang.

Ketua Polis Daerah Bintulu Deputi Supritendan (DSP) Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata sebahagian daripada mayat itu ditemui kira-kira 300m dari tempat kejadian.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Mohmad Salleh berkata sukar untuk menentukan jumlah sebenar penumpang yang menaiki bot ekspres "Liang Yu" itu yang kerap kali mengambil dan menurunkan penumpang sebelum kemalangan berlaku. Operasi mencari penumpang yang hilang dalam tragedi berkenaan disambung semula pada 6.30 pagi ini, membabitkan 74 anggota daripada pasukan polis, Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah Tatau, menggunakan lapan bot serta dua jet ski. - BERNAMA

Artikel Lain