suria

Bangkit Memenangi Pengundi Muda

KUALA LUMPUR: Selami minat politik golongan muda bagi menarik minat mereka untuk mengundi Umno pada pilihan raya akan datang.

Demikian saranan Ketua Penerangan Puteri Umno Kedah, Azifah Abdul Rahman kerana ia selepas kajian menunjukkan lebih 8.5 juta golongan belia tidak terlibat dalam mana-mana pertubuhan dan persatuan.

Katanya, perkara itu jelas memperlihatkan golongan remaja tidak menunjukkan minat terhadap politik.

"Belia pada hari ini adalah pemimpin dan penentu hala tuju negara.

"Adalah menyedihkan apabila golongan ini tidak mahu terlibat dalam sistem politik negara ini yang terletak ditangan mereka," katanya pada perbahasan pergerakan itu di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, ketika membahaskan usulnya, Azifah berkata, Umno perlu memperkukuhkan keahlian dan paling utama memberi tumpuan kepada pemilih yang mendaftar pada 21 tahun.

Katanya, Puteri akan memenangi hati golongan itu melalui beberapa perancangan yang telah diatur bagi memastikan Umno terus kekal memerintah negara.

"Ini semua bukan demi kepentingan diri tetapi semata-mata demi agama, bangsa, dan parti," katanya.

Artikel Lain