suria

SPRM Rayu Pembebasan Bekas KP Imigresen

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfail rayuan terhadap pembebasan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat lepas berkaitan tuduhan rasuah RM60,000.

Ketua Pendakwa SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi pagi Isnin.

Katanya, belum ada tarikh ditetapkan bagi mendengar rayuan itu.

Wahid, 57, dilepas dan dibebaskan dari tuduhan menerima rasuah RM60,000 daripada ahli pernigaan Datuk Seri Low Chang Hian bagi mempercepatkan kelulusan 4,337 visa untuk pekerja Bangladesh pada 10 Julai, 2008.

Hakim tidak menyatakan alasan bagi pembebasan itu.

Dalam satu kenyataan akhbar segera selepas keputusan itu, SPRM berkata terdapat "alasan kukuh" bagi suruhanjaya itu mengemukakan rayuan. - BERNAMA

Artikel Lain