Siapakah Sebenarnya Monyet? - Semasa | mStar

Siapakah Sebenarnya Monyet?

“AKU berangin betul bro... artis perempuan ni maki orang dengan perkataan monyet. Kau belasah sikit boleh?”

Begitulah bunyi kiriman SMS daripada seorang pembaca setia ruangan ini yang mahu Niezam sebut namanya sebagai Abang Mat.

Abang Mat ni bukan Datuk Ahmad Nawab ya tapi Abang Mat lain yang kerja jual baju bundel di pasar malam.

Kata Abang Mat ni, satu malam dia terbaca Twiter dari telefon bimbit anaknya yang memang meminati artis.

Dia terkejut apabila membaca satu perkataan yang ditulis seorang pelakon wanita ini.

Cukuplah Niezam bagi gambaran, pelakon ini bekerja juga sebagai pengacara televisyen dan pernah terlibat dengan kisah kontroversi. Cukup ya gambarannya di situ. Yang lain jangan tanya.

Kata Abang Mat, pelakon itu berkata ada wartawan yang macam monyet ketika membalas satu Twiter yang dihantar oleh rakannya yang juga pelakon popular.

Rakannya itu meluahkan perasaan marah apabila berlaku salah faham dia dengan wartawan. Lepas tu si pengacara yang tak sedar dek untung ni pun membalas dengan mengandungi perkataan seperti itu.

Bila Abang Mat minta Niezam telefon si pelakon untuk belasah dia cukup-cukup, Niezam jawab kepada bang Mat satu perkataan sahaja iaitu Niezam tak nak jadi monyet.

Biar artis itu berperangai macam monyet sudahlah iaitu monyet yang tak dapat pisang setahun.

Tak ada guna Niezam nak membazir bil telefon nak tegur artis ini sebab perangai dia pun lebih kurang macam monyet juga.

Hanya monyet boleh bercakap dengan monyet sebab kalau manusia bercakap dengan monyet, nanti monyet akan lompat atas kepala.

Ingat... monyet hanya kelihatan hebat apabila dia duduk atas raga motor tuannya tanpa perlu bimbang disaman polis kerana tidak pakai topi keledar. Tapi bila turun motor dia kena buat kerja panjat pokok kelapa sahaja.

Artis ini nak kata monyet ke, beruk ke, beruang ke musang ke, Niezam tak rugi satu sen pun. Tapi Niezam dah lama dah duk perhati tingkah lagu pelakon ini yang semakin menjadi-jadi perangainya.

Antaranya ialah suka berbohong, mungkir janji, perasan dah popular dan mulut jahat iaitu elemen-elemen yang ada pada seekor monyet.

Apabila dia menggelar diri orang lain seperti monyet, dia sebenarnya mengata dirinya sendiri. Niezam mengucapkan terima kasih kerana jarang manusia di dalam dunia ini mahu memanggil dirinya monyet malah monyet pun tak sanggup kalau tahu dia adalah seekor monyet.

Niezam: Nak lastik monyet-monyet depan rumah.

Budaya di panggung wayang

SELAIN beberapa negara Barat, negara paling dekat yang Niezam suka bercuti ialah Thailand. Dari “hujung kaki” Thailand di Sungai Golok sampailah kepalanya di Chiang Rai, Niezam dah sampai.

Niezam bukan nak puji Thailand tetapi semua orang tahu Thailand adalah satu negara yang mempunyai budaya hormat dan santun yang cukup tinggi. Salah satunya hormat kepada raja.

Di Thailand sesiapa yang mengata kepada raja mereka, akan dapat hadiah bermalam di hotel bernama penjara. Tapi di negara kita semakin ramai orang mengutuk raja.

Setiap kali berada di Thailand, Niezam tidak melepaskan peluang menyaksikan cerita-cerita hantu dan seram di panggung wayang mereka. Bak kata seorang teman, hantu di Thailand lebih seram dari cerita hantu di Malaysia.

Memang benar pun, filem-filem hantu di Malaysia adalah sebuah filem yang berjaya membuatkan penonton nak baling kerusi di dalam panggung.

Tapi apa yang nak Niezam perkatakan ialah nilai budaya. Ketika kempen cintai bahasa kita diperkenalkan, kita sebenarnya terlupa kita juga harus meningkatkan pemahaman dan kecintaan terhadap budaya yang semakin terhakis.

Di Thailand, kerajaan negara itu menanam kecintaan dan kasih sayang terhadap negara melalui satu medium utama iaitu di panggung wayang.

Sebelum sesebuah filem itu ditayangkan, penonton diwajibkan berdiri kerana pemilik panggung akan memainkan lagu kebangsaan negara itu. Penonton juga digalakkan menyanyi bersama-sama.

Tidak kiralah apa bangsa dan agama serta taraf kerakyatan, sesiapa yang berada di dalam panggung wayang di Thailand perlu mematuhi arahan tersebut.

Niezam dan seorang jurusolek artis pernah menonton filem, Queen of Langkasuka di Phuket, Thailand beberapa tahun lalu. Dalam panggung itu hanya ada kami berdua sahaja.

Walaupun berdua, kami tetap diwajibkan berdiri untuk menghormati lagu kebangsaan negara itu walau satu habuk pun bahasanya tidak difahami.

Dengan cara itu kecintaan terhadap budaya dan semangat sesiapa sahaja menjadi semakin kuat. Tapi sayang, amalan itu tidak diterapkan di negara kita.

Bayangkan, di dalam panggung wayang semua bangsa ada tidak kiralah Cina, India mahu pun Melayu. Rukun Negara, lagu Negara Ku hanya dinyanyi atau dibacakan di peringkat sekolah sahaja dan sewaktu televisyen menamatkan siarannya.

Kerajaan kita perlu meniru pendekatan kerajaan Thailand itu jika mahu melihat semangat 1Malaysia menjadi kenyataan dengan mewajibkan semua panggung wayang memainkan lagu Negara Ku dan juga membacakan Rukun Negara sebelum tayangan filem dimulakan.

Apa yang Niezam kesalkan, ketika kita bercakap soal budaya yang kian terhakis, pihak-pihak tertentu lebih mengutamakan perkara lain termasuklah perkara-perkara remeh. Contoh paling nyata mencadangkan tajuk rancangan realiti Pilih Kasih ditukar kononnya tajuk itu tidak kena dengan nilai budaya kita.

Persoalannya penting sangatkah tajuk rancangan itu daripada elemen lain yang sepatutnya diberi keutamaan?

Sekiranya rakyat negara kita semakin lupa kepada kepentingan budaya di tempat sendiri, jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan orang yang ada kuasa menentukan hala tuju sesuatu perkara itu.

Niezam: Budaya artis-artis sekarang, laga-laga pipi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SPRM Rayu Pembebasan Bekas KP Imigresen

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain