suria

Ngah Senik Ketua Pentadbir Parlimen

KUALA LUMPUR: Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Ngah Senik dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baru menggantikan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang bertukar ke SPR.

Menurut kenyataan Parlimen Malaysia kedua-dua pertukaran itu berkuatkuasa, Isnin.

Ngah, 57, memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 1976 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Antara jawatan lain yang pernah beliau sandang termasuk Setiausaha Persekutuan Sarawak di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Timbalan Pengarah Kanan (Gunasama) Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Pengarah Wilayah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur serta Pegawai Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak. - BERNAMA

Artikel Lain