suria

Kerajaan Perlu Fokus Tangani Hutang Negara- Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan membentangkan secara terperinci kaedah bagi menangani masalah hutang negara dalam masa lima tahun akan datang.

Menurutnya, perkara tersebut penting supaya defisit dapat dikurangkan, memberi fokus memotong perbelanjaan bagi mengurangkan pembaziran dan ketirisan yang berleluasa.

“Dengan perbelanjaan sebanayak RM211 bilion dalam Belanjawan 2011, defisit yang ditanggung negara masih berada pada paras 5.6 peratus buat tahun ke-13 walaupun defisit ini menurun berbanding tahun 2009.

“Hasil kerajaan sebanayak RM162 bilion masih bergantung 36 peratus daripada hasil minyak Petronas namun hutang isi rumah masih berada pada kadar tertinggi di Rantau Asia dengan mencecah 77 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 2009,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Perbahasan Belanjawan 2011 di Persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.

Katanya, lebih membimbangkan apabila dengan kekurangan pelaburan di negara ini akan meningkatkan kadar hutang negara.

“Di Malaysia, hutang awam kepada KDNK pada tahun 2009 berada pada kadar 54 peratus, namun masih tiada penekanan dalam Perbentangan Belanjawan bagi menangani masalah hutang itu.

“Jika tidak ditangani, balanya akan ditanggung oleh rakyat dan generasi akan datang. Dalam bajet apabila rasuah tidak ditangani, projek mega diberi keutamaan tentunya masalah yang membelenggu rakyat akan diabaikan,” katanya.

Artikel Lain