suria

Sembilan GRO Ditahan

SEREMBAN: Sembilan orang wanita asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini malam Sabtu.

Mereka terdiri daripada tujuh warga China dan dua Thailand berusia antara 20 hingga 31 tahun yang didapati masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar.

Yang turut ditahan pada 8 malam itu ialah tiga orang pelanggan.

Menurut Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan DSP Habibi Majinji, para GRO tersebut bersembunyi di bahagian belakang tempat menyimpan barang di pusat hiburan itu sebelum mereka diberkas.

"Wanita-wanita ini didapati bersembunyi di dalam sebuah bilik sulit di bahagian belakang tempat simpanan barang sebelum mereka diberkas," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Yusoff Awang berkata dalam operasi membanteras Mat Rempit malam tadi, polis menahan 198 buah motosikal dan mengeluarkan 52 saman atas pelbagai kesalahan.

Dua remaja turut ditahan kerana positif dadah.-BERNAMA

Artikel Lain