Program Angkasawan Kedua Ke Angkasa Lepas Diteruskan Jika Cukup Peruntukan - Semasa | mStar

Program Angkasawan Kedua Ke Angkasa Lepas Diteruskan Jika Cukup Peruntukan

KUCHING: Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan meneruskan program angkasawan kedua negara ke angkasa lepas jika mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata timbalan menterinya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata ketika ini tumpuan lebih kepada 12 projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan dalam RMK-10 tidak ada peruntukan yang spesifik diberikan dalam program angkasawan kedua negara.

"Harap program angkasawan kedua negara dapat diteruskan dalam tempoh lima tahun (dalam RMK-10), bergantung kepada peruntukan kewangan dan kita harap mendapat pendapatan lebih baik selepas pelaksanaan 12 NKEA," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen promosi Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak di Tebingan Kuching, di sini Ahad.

Sebelum ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas tahun 2007.

Doktor bedah ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan telah menyempurnakan dua uji kaji berkaitan penghabluran protein yang membawa kepada aplikasi paten dan cap dagang.

Selain Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan kedua Mejar Dr Faiz Khalid juga pernah menerima latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia selama 12 bulan.

Dr Faiz yang masih bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipinjamkan kepada MOSTI sejak program angkasawan itu dimulakan.

Pada 2003, kerajaan Malaysia menandatangani kontrak untuk memperoleh 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dari Rusia melalui pakej bernilai kira-kira AS$900 juta dan sebagai balasan, Rusia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan.

Program angkasawan pertama Malaysia diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2003 dan lebih 11,000 calon memohon untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sembilan GRO Ditahan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain