suria

Najib Rasmi Persatuan Waris

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan Persatuan Warisan Pekan Pahang, Malaysia (Waris) pada satu majlis jamuan makan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur, pada 3 November ini.

Presidennya Dr Mohd Adzhar Abd Latif berkata kira-kira 800 anak kelahiran Pekan, Pahang, yang menjadi ahli Waris dari pelbagai profesion dijangka menghadiri majlis perasmian itu.

"Sempena dengan majlis itu, kita juga akan melancarkan kutipan dana tabung kebajikan dan pendidikan persatuan," katanya selepas majlis minum petang dan suaikenal bagi 'menggalur' waris bersama anak-anak Pekan di perantauan, di sini, Ahad.

Katanya setakat ini Waris mempunyai 1,000 orang ahli dari Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

"Selepas ini kita akan ke Perak dan negeri-negeri lain berikutnya dalam usaha membuat jaringan anak-anak Pekan di perantauan. Sasaran kita ialah untuk mendapat 10,000 ahli Waris di seluruh negara," katanya.

Mohd Adzhar berkata Waris, yang didaftarkan pada April 2008, antara lain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli melalui saluran seni, budaya dan warisan.

Anak-anak Pekan di perantauan yang ingin menjadi ahli Waris boleh menghubungi Setiausaha Waris, Intan Norlizan Mohd Nordin, di talian 09-4268166. -BERNAMA

Artikel Lain