suria

Tiada Rancangan Khusus Dalam Bajet 2011 Tarik Pelabur

PETALING JAYA: Bajet 2011 yang menyenaraikan peruntukkan untuk perbelanjaan dan projek untuk mengubah negara bagaimanapun tidak menawarkan sebarang mekanisme atau rancangan khusus bagi menarik pelabur, demikian menurut ahli perniagaan tempatan.

Industri mengharapkan beberapa insentif bagi menarik pelabur, kata Pengarah B.I.G. Industries Bhd Tan Sri Datuk Dr Lau Ban Tin.

Dengan pasaran dalam negara yang terhad, pelabur domestik telah berpindah, dan kekurangan insentif akan terus menambah kepada keadaan semasa, kata selepas menyampaikan ceramah mengenai "Persekitaran Ekonomi Untuk 2011 dan Seterusnya" pada seminar Bajet 2011 anjuran sekolah perniagaan Kolej TAR di sini, Sabtu.

Beliau berkata dengan dana yang terhad, kerajaan seharusnya memberi keutamaan daripada isu prasarana yang lebih penting yang boleh dibina kemudiannya atau selepas mencapai Wawasan 2020.

Dengan usaha agresif memacu negara ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi dan menjangka lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), ia sepatutnya melihat insentif seperti pelabuhan khas, zon perindustrian khusus, lebih banyak pengecualian dan insentif cukai, pinjaman khas atau jaminan kerajaan bagi pembelian tanah untuk menarik pelabur.

Lau berkata demikian sebagai mengulas Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam.

Kerajaan ini kini menarik subsidi, menjangka lebih banyak FDI dan pelaburan swasta dan oleh itu terdapat masalah yang lebih besar untuk ditangani, kata Lau yang menambah kerajaan boleh menimbang pembinaan Warisan Merdeka kemudiannya.

Mercu tanda Warisan Merdeka, projek bernilai RM5 bilion terletak dalam kawasan Merdeka Stadium dan Stadium Negara akan bermula tahun depan dan dijangka siap pada 2015.

Pada 2011, pelaburan swasta dianggarkan untuk berkembang 12.5 peratus kepada RM86 bilion.

Pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dijangka menjana pelaburan melebihi RM1.3 trilion dan sektor swasta diunjur membiayai 92 peratus NKEA.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain