suria

Power Down Music Festival Disambut Meriah

KUALA LUMPUR: Sambutan Power Down Music Festival berjalan dengan lancar dan meriah di Universiti Malaya, di sini, Sabtu.

Festival sempena kempen cintai alam yang dikenali sebagai Go Green Campaign itu dianjurkan oleh syarikat EcoKnight dengan kerjasama kerjasama Star Publications (M) Berhad sebagai media rasmi bersama akhbar Mingguan mStar, Red FM dan Suria FM.

Antara artis tempatan yang membuat persembahan nyanyian di festival tersebut adalah Aizat Amdan, Monoloque dan pendatang baru, Amirah Ali.

Dalam masa yang sama acara hiburan tersebut turut menampilkan pemuzik tempatan dengan persembahan secara unplugged oleh kumpulan “gerakan hijau” iaitu Eco Drum Circle, Pohon Teater Group, Rolling Sixers, Nose Flutist dan Wakaka Group.

Menurut Pengurus, Pemasaran (Promosi) Star Publications, Kenny Thong, kempen ini berjaya mencapai matlamatnya untuk memberikan persembahan tanpa sinaran lampu limpah seperti yang biasa dilakukan dalam sebuah konsert.

“Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kuasa dengan tidak menggunakan lampu limpah dan pembesar suara yang besar sebagai satu langkah eco-friendly.

“Jika festival ini dianjurkan lagi pada tahun depan, kami berharap ia dapat dilakukan secara besar-besaran,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam acara itu, pihak penganjur turut memberi pendedahan mengenai kehidupan sihat melalui makanan serta penjualan produk hijau tempatan.

Dalam masa yang sama demonstrasi masakan sihat turut diadakan dalam usaha melahirkan rakyat yang hidup mementingkan pemakanan seimbang dengan pengambilan banyak makanan hijau dan organik.

Bagi menyemarakkan aktiviti itu, satu festival filem yang dikenali Eco Film Festival turut diadakan bermula 11 hingga 17 Oktober di universiti berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai filem yang berkaitan dengan alam telah ditayangkan secara percuma merangkumi diskusi mengenainya.

Kempen tersebut dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain