suria

Kerajaan Peroleh RM800 Juta Daripada Cukai Perkhidmatan

PETALING JAYA: Kerajaan kemungkinan memperolehi RM800 juta tahun depan hasil daripada kenaikan satu peratus dalam cukai perkhidmatan yang bermula pada Januari 2011, kata seorang pakar cukai.

Anggota Majlis Institut Cukai Berkanun Malaysia, Adrian Yeo berkata walaupun kenaikan itu adalah sedikit, ia akan memberikan pendapatan tambahan untuk kerajaan terutamanya dengan penangguhan cukai barangan dan percukaian (GST).

Untuk cukai perkhidmatan perkhidmatan penyiaran berbayar, kesannya ialah sedikit, kata beliau kepada Bernama selepas seminar mengenai Bajet 2011 anjuran Kolej Tunku Abdul Rahman di sini, Sabtu.

Yeo, rakan niaga di syarikat perakaunan Adrian Yeo & Co,ialah antara speaker di majlis yang diadakan hari ini yang meninjau akan kesan-kesan bajet terhadap usahawan kecil dan sederhana serta individu.

Kerajaan semalam mengumumkan yang cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikena cukai akan dinaikkan kepada enam peratus daripada lima peratus pada masa ini sementara cukai perkhidmatan enam peratus akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Beliau berkata sementara banyak peluang untuk PKS telah disediakan dalam Bajet 2011, adalah jelas fokus kerajaan lebih ke arah kejayaan orang ramai.

Kerajaan boleh memainkan peranan kecil dalam kejayaan individu dan dalam bajet ini, mereka turut menangani mereka yang di luar bandar, generasi yang lebih muda yang telah mula bekerja serta memperbaiki pendidikan dan kepakaran untuk rakyat, kata Yeo.

Untuk insentif, beliau berkata ia disasarkan untuk meningkatkan pelaburan persendirian dalam sektor-sektor seperti pelancongan dan pendidikan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain