suria

Ireka Akui Bajet 2011 Positif

KUALA LUMPUR: Ireka Development Management Sdn Bhd menyifatkan Bajet 2011 sebagai mesra rakyat yang pastinya positif untuk keyakinan penguna dan ekonomi.

Ketua Pegawai Operasinya Lim Ech Chan berkata langkah untuk membangunkan modal insan dan meningkatkan pasaran modal akan mewujudkan kesan limpahan untuk pasaran hartanah.

Unjuran pertumbuhan tujuh peratus dan pengukuhan ringgit juga membantu menarik pelaburan asing, katanya dalam kenyataan, Sabtu.

"Kami gembira kerana tidak terdapat dasar utama yang diumumkan, menjejaskan keyakinan pembeli dan pelabur.

"Semua pembangunan utama baharu akan merangsang ekonomi dan menyediakan peluang yang luas," katanya.

Lim bagaimanapun berkata pelaksanaan projek-projek besar seperti Warisan Merdeka dan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur perlu tetapkan dan dirancang secara berhati-hati.

Ini untuk memastikan infrastruktur yang lebih luas akan dapat menyokong pelbagai projek besar yang akan dilaksanakan.

"Projek yang kami percaya ditunggu-tunggu oleh rakyat ialah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain