suria

GST Kekal Pilihan Fiskal Utama

KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan kekal sebagai pilihan fiskal utama untuk kerajaan meningkatkan pendapatannya, kata Ernst & Young Tax Consultants Sdn Bhd.

Syarikat berkata dengan usaha dan persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa dan komuniti perniagaan, adalah tidak salah untuk GST tidak dilaksanakan pada tempoh yang lebih sesuai dan ketika rakyat dimaklumkan sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan Sabtu, ia berkata penangguhan GST menunjukkan yang kerajaan mengiktirafkan kepentingan cukai dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Syarikat perunding cukai itu juga berkata untuk memastikan pelaksanaan GST yang lebih teratur, kerajaan perlu terus bekerjasama dengan rakyat untuk mereka dimaklumkan sepenuhnya dan diberitahu akan impak sosial sebenarnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain