suria

Tukang Urut Warga Myanmar Didakwa Bunuh Rakan Senegara

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh rakan senegaranya bulan lepas.

Tomei Zuan, 31, seorang tukang urut, hanya mengangguk tanda faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Tomei, yang tidak diwakili peguam, didakwa membunuh rakannya yang hanya dikenali sebagai Jack (umur dan pekerjaan tidak dinyatakan) di sebuah kediaman beralamat No 29-1 Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini antara 5 pagi dan 7 pagi 27 September lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh membawa dihukum mati.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shashitah Mohd Hanifa.

Siti Shakirah kemudiannya menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain