suria

Timbang Tara, Alternatif Untuk Tangani Peningkatan Pertikaian Komersial

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melihat kepentingan timbang tara kepada pelabur sebagai satu alternatif kepada sistem mahkamah dalam menangani peningkatan pertikaian komersial di masa depan.

Dengan pelaburan swasta daripada pelabur tempatan dan asing dijangka meningkat kepada RM86 bilion tahun depan, pertikaian komersial akan bertambah, demikian menurut Pengarah Timbang Tara Pusat Serantau Kuala Lumpur Sundra Rajoo.

Rajoo berkata demikian sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat.

Beliau berkata dengan timbang tara, pertikaian boleh diselesaikan dalam masa enam hingga 12 bulan yang seiring dengan langkah kerajaan untuk menyediakan persekitaran perniagaan kondusif dalam negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain