suria

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Meninggal Dunia

KANGAR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Md Noor Aziz, 42, meninggal dunia ketika menghadiri satu majlis di Kota Bharu, Kelantan, Jumaat.

Ketua UMNO Bahagian tersebut, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Baharu pada pukul 5.30 petang selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.

Allahyarham merupakan bekas pengurus pasukan bola sepak Perlis.

Jenazahnya dijangka tiba di sini sebelum subuh dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Besar sebelum waktu Zohor, Sabtu.

Allahyarham, seorang ahli perniagaan, meninggalkan dua orang isteri dan beberapa orang anak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain