suria

Projek MRT Strategi Penting Pastikan Sistem Pengangkutan Efisien Dan Selesa

KUALA LUMPUR: Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang, yang akan dilaksanakan mulai 2011 merupakan strategi penting untuk memastikan sistem pengangkutan yang efisien dan selesa, kata Menteri di Jabatan Perdana Meniteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Dengan sistem sedemikian, beliau berkata kadar penggunaan pengangkutan awam akan meningkat dan penyambungan dalam Lembah Klang akan kukuh.

"Adalah penting untuk mempunyai sistem pengangkutan yang amat baik kerana sebagai negara maju, lebih 20 peratus jumlah penduduk menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja," kata Nor Mohamed kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2011.

Bajet 2011 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat di sini.

Projek MRT dengan anggaran pelaburan swasta sebanyak RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya pada 2020. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain