suria

BAJET 2011: Syarikat Tempatan Dapat RM857 Juta Untuk Labur Dalam Aktiviti Nilai Tambah Tinggi

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM857 juta kepada syarikat tempatan untuk melabur dalam aktiviti industri elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah dan Pulau Pinang, kata Perdana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata industri E&E kekal penyumbang terbesar hasil eksport negara dengan 41 peratus atau RM228 bilion pada 2009.

"Bagaimanapun, E&E masih menumpu kepada aktiviti pemasangan.

"Kita sepatutnya menggunakan kelebihan pengalaman untuk mewujudkan syarikat E&E yang berdaya saing di peringkat antarabangsa," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain