suria

BAJET 2011: Penjawat Awam Dapat Bantuan Khas RM500

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, bantuan kewangan tersebut akan diberikan kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. "Kerajaan akan membuat pembayaran tersebut akan dibuat pada bulan Disember ini," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, kerajaan turut menaikan kadar Bantuan Mengurus Jenazah daripada RM1,000 kepada RM3,000 selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.

"Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 akan disambung setahun lagi.

"Kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan Pegawai Khidmat Singkat baru," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain