suria

BAJET 2011: Kerajaan Peruntuk RM411 Juta Pada 2010 Bagi Kegiatan R&D Dan Pengkomersialan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntuk sejumlah RM411 juta pada 2011 bagi kegiatan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan(R&D&C) kerana ia merupakan landasan bagi meningkatkan kegiatan nilai tambah dalam setiap sektor ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Kerajaan, katanya, telah membentuk sebuah unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai sebuah pusat sehenti untuk merangka dasar dan strategi bagi menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menjana inovasi.

Satu Akta akan digubal untuk membolehkan UNIK mengkomersialkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institut penyelidikan, kata beliau ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Beberapa program dan kegiatan akan diadakan khusus untuk meningkatkan inovasi, penciptaan produk baharu dan pengkomersialan.

Bagi 2011, sejumlah RM71 juta diperuntuk bagi UNIK, kata Najib, yang juga Menteri Kewangan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain