suria

Ucapan Tahniah PM Kepada Kerajaan Chile Atas Kejayaan Selamatkan 33 Pelombong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Sebastian Pinera dan kerajaan Chile atas kesungguhan melaksanakan usaha sehingga berjaya menyelamatkan 33 pelombong yang terperangkap dalam lombong bawah tanah lebih dua bulan.

"Saya lega dan gembira dengan kejayaan menyelamatkan kesemua 33 pelombong di Chile. Usaha menyelamat yang tidak mengenal penat itu, keberanian pelombong dan perpaduan rakyat Chile adalah inspirasi kepada kita semua," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Pelombong terdiri daripada 32 rakyat Chile dan seorang warga Bolivia itu terperangkap selepas lombong emas dan tembaga San Jose, dekat Copiapo, kira-kira 800km dari Santiago, utara Chile, runtuh pada 5 Ogos lalu.

Setelah lebih dua bulan terperangkap, pasukan penyelamat Chile menggunakan sebuah kapsul dan berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang terperangkap 700 meter di bawah tanah kelmarin. - BERNAMA

Artikel Lain