suria

Malaysia Hargai Mesir Benarkan Konvoi Kemanusiaan Masuk

KUALA LUMPUR: Malaysia melahirkan penghargaan kepada Mesir kerana membenarkan konvoi kemanusiaan termasuk dari Malaysia ke Gaza memasuki pelabuhan El-Arish dari Pelabuhan Latakkia, Syria baru-baru ini. Wisma Putra dalam satu kenyataan turut menyeru Mesir untuk menghulurkan segala bentuk pertolongan bagi memastikan bantuan kemanusiaan tersebut sampai kepada kumpulan sasaran tepat pada masanya.

Anggota konvoi disertai lebih daripada 30 negara beserta 143 kenderaan yang membawa bahan perubatan dan pendidikan, termasuk 14 sukarelawan Malaysia.

Pada Selasa lalu, Viva Palestina Malaysia menggesa kerajaan Mesir supaya membenarkan konvoi tersebut yang terkandas di Lattakia selama sembilan hari sejak 3 Oktober, memasuki Pelabuhan El-Arish secepat mungkin. - BERNAMA

Artikel Lain