suria

Penerbangan MAS KL-Melbourne Dilencong Ke Adelaide

MELBOURNE: Penerbangan Malaysia (MAS) dari Kuala Lumpur ke sini pagi Rabu dilencongkan ke Adelaide ekoran cuaca berkabus. Jurucakap MAS berkata para penumpang akan diterbangkan dari Adelaide ke sini kemudiannya.

Keadaan turut menyebabkan penerbangan ditangguh sementara beberapa penerbangan antarabangsa dan domestik yang mahu mendarat telah dilencong ke lapangan terbang lain termasuk Adelaide dan Sydney.

Lencongan dan kelewatan penerbangan dijangka menjejaskan kelancaran ketibaan pesawat MAS.

Cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain