suria

Tian Chua Akan Sediakan Laporan Untuk Abdul Khalid

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua akan mengemukakan laporan berhubung penilaian kesan terhadap tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam minggu ini.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, beliau akan mengkaji pendirian Abdul Khalid itu dan memberi nasihat mengenainya.

"Memandangkan Menteri Besar mahu mendapatkan pandangan dan nasihat saya, saya akan lakukannya.

"Saya berharap dapat memberikan pandangan yang baik mengenai hal ini," katanya di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Ahad lalu, Abdul Khalid mengumumkan pendiriannya bertanding bagi jawatan nombor dua itu.

Sehubungan itu beliau menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menilai kesan yang akan timbul kepada pentadbiran dan perpaduan parti terhadap keputusannya itu.

Selain Tian Chua, turut sama dalam jawatankuasa khas itu ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mohamud; Presiden Tenaganita, Irene Fernandez dan bekas Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Nur Munuty.

Artikel Lain