suria

Pas Kelantan Tentukan Calon Di Galas

KOTA BAHARU: PAS Kelantan akan menentukan calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas pada 4 Nov ini.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata keputusan itu dibuat oleh Dewan Syura PAS pada mesyuaratnya baru-baru ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS Kelantan pula menyerahkan mandat kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS untuk menentukan calon berkenaan.

Katanya PAS akan mengumumkan nama calon itu di Gua Musang pada 22 Okt ini, dua hari sebelum Barisan Nasional mengumumkan nama calonnya.

Penamaan calon ialah pada 26 Okt.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 Sept lepas akibat barah. - BERNAMA

Artikel Lain