suria

Najib Pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-110.

Mesyuarat itu di Pejabat Perdana Menteri itu bermula 10 pagi dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. - BERNAMA

Artikel Lain