suria

LHDN Sediakan Talian Khas Bajet 2011 Bermula Jumaat

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuka Pusat Operasi Talian Khas Bajet 2011 Jumaat ini.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, lapan talian khas tersebut akan mula beroperasi mulai pukul 7 petang hingga 10 malam.

"Ini bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu-isu pencukaian selepas ucapan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini," menurut kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu nombor yang boleh dihubungi ialah, 03-62015975, 03-62015976, 03-62015981, 03-62016027, 03-62016031, 03-62016035, 03-62016037 dan 03-62016041. -BERNAMA

Artikel Lain