suria

Bukit Gasing: 25 Mac Tahun Depan Untuk Penilaian Kos

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Mac depan untuk mendengar hujahan berhubung penilaian kos dalam kes semakan kehakiman oleh 108 penduduk Bukit Gasing terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Peguam bagi penduduk, R. Sivarasa memberitahu pemberita bahawa Hakim Aziah memutuskan demikian kerana isu kos hanya akan dibicarakan selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan ke atas rayuan penduduk terhadap keputusan mahkamah yang menolak permohonan mereka pada Sept lepas.

Katanya sehingga kini tiada permohonan rayuan dibuat kerana pihaknya masih menunggu nota prosiding.

Pada 6 Sept lepas mahkamah memutuskan syarikat pemaju, Gasing Meridian Sdn Bhd (GMSB) boleh meneruskan usaha membangunkan projek Sanctuary Ridge Kuala Lumpur City bagi membina 70 banglo di kawasan seluas 15.5 hektar di Bukit Gasing di sini. - BERNAMA

Artikel Lain