suria

Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama: Draf Deklarasi Diserah Esok

SERI KEMBANGAN: Satu draf deklarasi mesyuarat pra-persidangan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama akan diserahkan kepada Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor esok.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hasil perbincangan meliputi hal undang-undang, polisi dan kemahiran yang diguna pakai di negara masing-masing.

"Kita ada tiga bengkel mesyuarat pra-persidangan pagi ini yang memberi fokus kepada pembangunan kanak-kanak.

"Insya-Allah hasil perbincangan ini akan disampaikan kepada wanita pertama dan di bawa pulang ke negara masing-masing, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pra-persidangan di sini, Isnin.

Shahrizat berkata beliau menerima respons yang baik daripada para perwakilan yang hadir.

Menurutnya, para perwakilan menggunakan konsep perbincangan secara santai dan interaktif pada majlis hari ini.

Seramai, 15 Wanita Pertama daripada 28 negara hadir pada persidangan selama tiga hari ini.

Turut hadir, enam wakil pertama dan 20 menteri dari negara asing.

Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama yang bermula hari ini akan berakhir pada 13 Oktober.

Artikel Lain