suria

KPDNKK Pinda Akta Percepat Proses Cap Dagang, Paten

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meminda dua akta berkaitan Akta Cap Dagangan dan paten dalam usaha untuk mempercepatkan dan memudahkan prosedur pendaftaran dua perkara itu.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa kini urusan untuk mendaftar cap dagangan dan paten mengambil masa yanga agak lama menyebabkan ramai peniaga terutama usahawan Insutri Kecil dan Sederhanan (IKS) kurang berminat untuk mendaftarkan perniagaan mereka.

"Pada masa kini untuk mendaftar cap dagangan sahaja mengambil masa sehingga 24 bulan manakala bagi pendaftaran paten pula memakan masa sehingga 30 hingga 40 bulan dan ini merupakan satu tempoh yang agak lama.

"Sehubungan itu kementerian akan meminda dua akta tersebut dan dijangka akan dibentangkan di sidang Dewan Rakyat pada bulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kesedaran Harta Intelek IKS Zon Timur di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini, Sabtu.

Katanya, sekiranya pindaan itu diluluskan, proses pendaftaran cap dagangan hanya akan mengambil masa paling cepat antara tiga bulan hingga lapan bulan, manakala proses pendafataran paten pula hanya 18 bulan.

Menurutnya, jika berlaku ia akan meletakkan Malaysia di kalangan kelompok negara yang paling cepat memproses pendaftaran dua perkara tersebut mendahului negara Jepun, Korea dan Singapura.

Beliau berta dua lagi akta yang kini sedang dalam proses pindaan termasuk Akta Hak Cipta dan Akta Reka Bentuk Industri yang mana kini dokumennya berada di peringkat penelitian Peguam Negara.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, kesedaran untuk mempaten dan mendaftar cap dagangan di kalangan peniaga terutama pengusaha IKS masih rendah dan kurang 20 peratus daripada pengusaha IKS di negara ini telah berbuat demikian.

"Pengusaha IKS mempunyai kesedaran yang tinggi dalam soal pembungkusan dan penjenamaan semula produk mereka tetapi popular mana produk itu sekalipun tidak bermakna jika produk mereka tidak dipaten dan didaftar dengan cap dagangan kerana ia terdedah unsur eksploitasi.

"Pihak lain boleh menciplak produk mereka dan mengaut untung dengan mudah dan pengusaha asal sendiri terdedah dengan kerugian jika sekiranya pihak kedua itu bertindak memfailkan saman ke atas mereka," katanya.

Beliau turut menyeru pihak berkuasa tempatan dan persatuan yang terlibat mendaftarkan harta intelek mereka yang dikenali daripada sudut petunjuk geografi untuk mengelakkan pihak lain mengaut untuk dengan mudah.

Ia seperti Keropok Losong, Tembaga Ladang, Batik Terengganu, dan Sampan Duyong di Terengganu, Kacang Sempalit, Halia Bentong (Pahang), manakala Budu Ketereh, Batik Kelantan, dan Perak Kelantan (Kelantan).

Setakat ini, katanya hanya negeri Sabah dan Sarawak yang berbuat demikian dengan mendaftar Teh Sabah, Seewed Sabah, Lada Hitam Sarawak dan Beras Bario. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain