Wanita MCA Terima Pakai Enam Resolusi - Semasa | mStar

Wanita MCA Terima Pakai Enam Resolusi

KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung Wanita MCA kali ke-35 menerima pakai enam resolusi meliputi 21 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, parti, pelajaran, ekonomi, wanita, sosial dan keselamatan dan juga agama. Antara lain, usul yang diluluskan sebulat suara itu adalah bagi meminta kerajaan melaksanakan undang-undang anti pemerdagangan manusia bagi mengekang kegiatan membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Perhimpunan itu juga mendesak kerajaan agar melaksanakan 30 peratus wakil wanita dalam pelan tindakan di semua peringkat membuat keputusan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi memastikan penyertaan adil wanita dalam pelbagai sektor terutama kuota 30 peratus dalam politik.

Mengenai pelajaran, mereka berharap Kementerian Pelajaran dan pengurusan sekolah akan memberi perhatian terhadap prestasi akademik dan disiplin pelajar dan pendekatan mengenai elemen jenayah yang menyerap masuk di sekolah bagi mengelakkan masalah sosial.

Berhubung hal ehwal parti, Wanita MCA meminta semua anggota parti supaya bekerjasama melaksanakan pelan penjenamaan dan transformasi parti dengan lebih berintegriti dan bermaruah bagi mendapat kepercayaan masyarakat Cina.

Perhimpunan itu juga mengulangi kenyataan menyokong penuh konsep 1Malaysia " Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan", yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengenalan konsep dasar terbuka yang menerima dan menghormati pelbagai agama, bahasa dan budaya.

Selain itu, mereka juga menyokong Model Baru Ekonomi yang menggalakkan perkongsian kepentingan ekonomi nasional tanpa mengira bangsa dan mengukuhkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi menjana pertumbuhan ekonomi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain