Mayat Bayi Ditemui Ditanam Di Bawah Pokok Ceri - Semasa | mStar

Mayat Bayi Ditemui Ditanam Di Bawah Pokok Ceri

SHAH ALAM: Mayat seorang bayi perempuan ditemui oleh beberapa orang penduduk di bawah satu timbunan tanah di bawah pohon ceri di kawasan tanah rezab Kg Baru Hicom Seksyen 26 di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin mengesahkan penemuan itu. Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

"Siasatan awal polis mempercayai bayi yang cukup sifat itu sudah mati antara empat lima hari lalu tetapi kita perlu menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui waktu sebenar kematiannya," katanya.

Sehubungan dengan penemuan itu, polis kini sedang menjalankan siasatan dari segenap aspek bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kejadian ini, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian 03-55102220 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain