suria

Kanak-Kanak Setahun Maut Kejadian Langgar Lari

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang berusia setahun, maut selepas dirempuh sebuah kereta di jalan utama Taman Sri Pulai, Sikamat di sini pagi Sabtu.

Jurucakap polis berkata mangsa bersama ibunya dipercayai berhasrat melintas jalan tersebut pada kira-kira 10 pagi apabila mereka dirempuh kereta berkenaan.

Mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya cedera parah.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat manakala ibunya dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan.

Setakat ini, identiti kedua-dua mangsa belum diketahui.

Sehubungan itu, polis meminta mereka yang menyaksikan kejadian, tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Menurut jurucakap itu lagi, polis kini sedang menjejaki pemandu kereta yang dipercayai melarikan diri selepas kemalangan tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain