suria

IATA Sambut Baik Perjanjian Global Stabil Pelepasan Karbon

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyambut baik langkah oleh 190 negara untuk memeterai perjanjian global bagi menstabilkan pelepasan karbon. IATA yang berpangkalan di Geneva itu berkata ini dimeterai semasa Perhimpunan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) ke-37 yang diadakan di Montreal, Kanada, Jumaat.

"Kerajaan-kerajaan telah mengambil satu keputusan bersejarah. Buat pertama kalinya, kita mempunyai matlamat aspirasi yang dipersetujui global untuk menstabilkan pelepasan karbon," kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah IATA Giovanni Bisignani dalam satu kenyataan, Sabtu.

Menurutnya, tiada sektor industri lain yang mempunyai rangka kerja dipersetujui global yang sama bagi menguruskan tindak balasnya kepada perubahan cuaca dengan cara mengambil pertimbangan keperluan negara maju dan juga membangun.

"Perjanjian itu mengiktiraf keperluan bagi kerajaan dan industri untuk bekerjasama dan ini merupakan langkah pertama yang baik yang menyediakan kaedah bagi pencapaian masa depan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain