suria

Malaysia Mesti Berubah Atau Hadapi Risiko Negara Yang Gagal - Najib

PUTRAJAYA: Malaysia mestilah berubah atau menghadapi risiko menjadi sebuah negara yang gagal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika berucap pada pelancaran Syarahan Razak, beliau berkata perubahan hanya boleh berlaku apabila tiga perkara berlaku.

"Penyertaan aktif dan input semua pihak berkepentingan, satu persekitaran di mana penggerak utama bersedia dan mampu menghadapi cabaran dan kesediaan mempunyai budaya yang sentiasa mencapai kelebihan dan melangkaui.

"Tidak lagi dalam kemampuan atau cerdik untuk kita, agar berpuashati dengan apa yang ada," kata beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan Razak School of Government (RSOG) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah RSOG.

Perdana Menteri berkata satu perubahan institusional dan struktur hanya boleh berlaku apabila pemimpin awam kita bukan hanya memahami apa yang mesti dilakukan.

Tetapi, beliau berkata mereka hendaklah mempunyai integriti, kerendahan hati dan keazaman untuk membawa negara hebat ini ke dalam horizon akan datang.

Katanya kepimpinan awam bertaraf dunia bukan hanya ada untuk mengetuai tetapi untuk menggalakkan yang lain untuk mengikuti.

"Ia memerlukan kemampuan membuat keputusan baik. Untuk melakukan ini, kita perlu menanamkan perkhidmatan awam yang berasaskan pengetahuan.

"Sehubungan itu, cabaran segera kita ialah bagaimana memastikan rakyat Malaysia yang berbakat dan berpengetahuan di luar sana, menyumbang ke arah menjadi sebuah negara yang lebih baik untuk didiami.

"Penubuhan institusi seperti RSOG, saya percaya sebagai tindakan awal dan menyahut pada persoalan-persoalan ini. Sekolah itu ditubuhkan atas dua tujuan utama -- kepimpinan dan pengetahuan," kata beliau.

Perdana menteri berkata kepimpinan transformasi dengan pengetahuan, kapasiti dan kemampuan merupakan formula emas untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif terhadap penyelesaian dan inovasi masalah yang berkesan.

Najib berkata adalah penting perubahan institusional dan struktur dipandu dengan wawasan yang jelas, komprehensif dan diterima seperti biasa prinsip utama yang sepatutnya membentuk perkhidmatan awam yang baru.

Beliau berkata idea kepimpinan awam baru ialah apa yang kita perlu ingat kerana perubahan bukan lagi hanya munasabah melalui pengurusan tetapi mesti diiringi oleh kepimpinan.

"Dengan bekerja dalam perkongsian di seluruh semua agensi kerajaan, perkhidmatan awam mewujudkan satu rangkaian persekitaran urus tadbir yang bertujuan menyampaikan nilai awam.

"Pewujudan perkhidmatan awam yang mengutamakan dan berteraskan rakyat menjadi satu kemestian jika kita mahu melihat perubahan struktur berlaku," kata beliau.

Sementara itu, ketika berucap melancarkan RSOG, Najib berkata secara peribadi, penubuhan RSOG merupakan satu penghormatan kepada beliau dan keluarga kerana ia mengambil sempena nama bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Sebagai ketua kerajaan, penubuhan RSOG merupakan langkah yang amat tepat," katanya.

The RSOG berwawasan menjadi pemangkin untuk melahirkan pemimpin negara yang intelektual dan profesional dalam semua sektor perkhidmatan pada masa akan datang.

Wawasan RSOG ialah untuk menjadi sebuah institusi yang global dalam penyelidikan cemerlang, pengajaran dan latihan bagi kepimpinan awam, dasar awam dan perkhiodmatan awam di Malaysia serta antarabangsa.

Ia mempunyai misi untuk melatih pemimpin awam yang berpotensi dalam menghasilkan penyelesaian inovatif terhadap masalah awam yang paling mendesak di Malaysia dan di rantau ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain